Manusia dilahirkan di dunia ini dalam pelbagai jenis bangsa, kaum, rupa, warna kulit dsb. Manusia juga mempunyai pelbagai jenis ragam dan telatah yang berlainan. Sungguhpun begitu, kita mestilah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian di alam yang fana ini. Untuk mencapai objektif tersebut, setiap manusia mestilah mempunyai sifat saling hormat menghormati a.k.a Respect!
Mungkin sesetengah dari kita di anugerahkan oleh tuhan untuk petah berkata-kata sehingga mampu menarik dan mempengaruhi orang lain. Mungkin sesetengah dari kita juga mempunyai ramai kawan dan berpengaruh. Tapi janganlah di salah guna keistimewaan yang telah diberikan itu. Setiap manusia telah dianugerahkan otak untuk berfikir sebelum berkata-kata dan bertindak dengan bijak. Tidak ada gunanya kita belajar tinggi2, menang award sana sini, jadi perwakilan tapi mulut jahat macam setan.
Setiap manusia mempunyai perasaan masing-masing. Ada yang jenis tidak kisah, mudah terasa, sensitif dsb. Oleh itu, sebelum kita bercakap, fikir dahulu perasaan orang yang bakal mendengarnya. Sebagai contoh yang paling mudah adalah sikap perli memperli. Walaupun secara zahirnya ianya tidak melibatkan penderaan fizikal, tetapi ia sangat menusuk hati si penerima. Bagi yang jenis mudah terasa dan sensitif, itu memang tidak menjadi persoalan. Tetapi bagi yang jenis tidak kisah diperli, lambat laun bila api sudah membara, akhirnya akan meletup jua.
Pada pandangan saya, sesiapa yang mempunyai hobi perli memperli ini, sebenarnya hati dia yang sangat sensitif . Mengapa saya berkata begini ? Kerana selalunya dia yang hebat perli orang lain dan dia pula jarang di perli dalam hidup dia. Mungkin kerana dia petah berkata-kata, hingga lupa daratan. Jika anda tidak percaya, anda cubalah balas balik kepada orang yang selalu memperli anda. Orang itu akan merajuk bertahun2 lamanya. Dia akan mula menyendiri, tidak bertegur sapa, kalo kita tegur dia pun, dia wat bodo jek dan kemudian x pasal2 dia buat rumour yang dia tidak dilayan dan diabaikan daripada kawan2. Padahal dia sendiri yang cari pasal!
Selain itu, apabila kita berada di khalayak ramai contohnya reunion/gathering atau sedang makan dengan kawan2, jagalah mulut tu sikit. Tidak salah kalau hendak membuat lawak, tapi janganlah buat lawak yang memalukan orang lain, lebih memburukkan keadaan, orang yang dijadikan bahan lawak dan dimalukan itu ada disitu dan sedang makan bersama-sama. Mentang2 orang tu jenis yang x reti nak lawan balik sbb die bukanlah dari kategori yang petah berkata-kata seperti anda yang x reti malu tu. Banyak lagi perkara lain yang boleh di lawakkan. Ingatlah, kalau kita memalukan orang lain di dunia ini, nanti di akhirat, berlipat kali ganda kita akan dimalukan balik!
So, please remember. Respect!
Sunday, January 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hidup x selalu di simbah cahaya keceriaan...tp walau sukar mcm maner pn,hidup mesti diteruskan untuk menjadi org yg matang.
bersabarlah kerana sabar itu separuh dari iman.
Post a Comment