Friday, January 4, 2008

Release tension sat !

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya
yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa
kuda tu masih di situ?"

Demam AF

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak
jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si
Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan
dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak
dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak
kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde
kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul
mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat",
katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam
mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka
lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan
menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke
arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat
jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

No comments: