Saturday, June 14, 2008

fening2..

ntah nape, sejak akhir2 ni, asal weekend jek, aku mesti terbgn awal, tp subuh tetap terlepas gak..kah3..pe nk jd ngn aku nih..krn kebosanan, aku pn g la basuh keta..dekat sejam lebih gk ler aku basuh + belai2 keta kesygn aku tuh + amik angin..hahak..mlm td, g kajang mkn sate, org belanje...mekasih pd org yg blanje tuh..skg nih, aku x tau nk watpe plak..huhu..lyn karoke sorg2 jela kt bilik..

kat opis aku lak, byk tul mende yg panas tgh blaku..ish3..bila laa nk abis sume2 mende nih..fening2 paler aku..kan bagus kalo sume org wat jek keje masing2..x yah nk sibok2 hal org...haisshh..napela ade org canih kt dunia nih..busy body..qc..sapi tul laa...kah3..sian kt member aku tpakse melalui sume nih..

Thursday, February 21, 2008

7 am

Hari ni adalah hr bersejarah bg aku. Mulai hr ni, aku stat masuk ofis kul 7pg. Aku mengalami sedikit kezutan budaya...hehek...setelah berbulan2 aku keje, masuk kul 9pg, skrg di awalkan 2 jam...then blk 3.30ptg. Aku x tau la mende ni smpi bile. Tapi ok gk laa...ade hikmahnye. Secara jujur, selama ni aku asyik subuh gajah jek, skrg alhamdullillah...ade perubahan..lgpun aku leh blk awal, leh wat ape2 urusan yg patut di selesaikan. Lg satu, baru hr ni aku tau, kt taman perumahan aku ni, rupenye ade bas sekolah yg bersaiz bas ekspres masuk dalam ni. Kalo x, smpi bile2 pun aku x tau..haha...tu la antara kebaikannye masuk keje awal2 ni. Tapi x leh dinafikan la, ade sikit ngntok..terutama lps lunch..nasib baik beza masa antara lunch ngn waktu balik keje x lama. kalo hr jumaat, lg la sekejap sbb selalunye ktorg akan lepak dulu kt petronas...hehek...gitu gini dah smpi ofis kul 3, then 3.30 cabot...horrreeyyy!!!

Monday, January 21, 2008

I'm back

Setelah seminggu aku bercuti, akhirnya kini aku kembali utk meneruskan rutin kehidupan seharian ku di meja putih + kerusi kuning dgn bertemankan sebuah pc dan nescafe 3+1 yang dah brp bulan aku x wat...hahaha...

Secara jujurnya, aku akui aku agak gementar utk menghadapi keesokan hari. Sudah pasti byk maklumat yang aku dah tertinggal, plus projek ku skrg sdg dlm peringkat production..hmm...harap2, esok xde masalah laa...pls...

Seminggu cuti rs mcm sehari jek cuti...aku byk abiskan masa aku mengadap pc, cuba nk pahamkan projek aku nih...aduh...pening tul paler aku..bygkan projek yg dah sgt besar, tibe2 aku kene continue...fuhh, mencabar tul..hopefully, adelah someone tolong aku nnt pahamkan...x sumer nye aku paham wei...pls..

Petang td lak, aku jd mangsa oleh housemate aku utk teman die g damansara. Tak smpai ati aku nk tolak sbb bsungguh2 die mengajak. Tapi ade hikmahnya aku teman die td..sian aku tgk die..aku rasa die x happy lgsg spnjang kuar td. Mane x nye, kereta yg baru bbrp bulan di beli, buat hal lagi sekali..tapi bukan salah dia, itu semua di luar jangkaan, dah takdir..tp yang penting, xde ape2 kerosakan yang serius + mengerikan..yg dah terjadi, biarlah...kita x mampu nak mengundurkan masa utk membetulkan semuanya..

Tomorrow is always better than today..cheers!

Thursday, January 17, 2008

Hutang ku!

Hari ni aku sgt gembira sbb aku telah menambahkan satu lagi koleksi hutang yang sangat besar dalam idup aku...hahaa..hutang pertama aku - ptptn- pun lom lg abis byar...tup2 aku dah tambah satuuu lg hutang...adoiii.. tp xpelah, hutang yg ke 2 ni, diharap2 kan akan memberi sinar harapan dan pulangan yang insyaAllah lumayan kelak, sama2 la kita tunggu hari ketibaannya. So, skrg ni, aku kene lebih berdisiplin + berjimat cermat. Kata org, susah dahulu, senang kemudian. Lagipun, aku muda lg, nk kawen pn lambat g..wat apelah nk gopoh2 kan...relaks je sudah..so, skrg ni, kite kerja dlu...hahaha...adios!

Sunday, January 6, 2008

Respect !

Manusia dilahirkan di dunia ini dalam pelbagai jenis bangsa, kaum, rupa, warna kulit dsb. Manusia juga mempunyai pelbagai jenis ragam dan telatah yang berlainan. Sungguhpun begitu, kita mestilah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian di alam yang fana ini. Untuk mencapai objektif tersebut, setiap manusia mestilah mempunyai sifat saling hormat menghormati a.k.a Respect!

Mungkin sesetengah dari kita di anugerahkan oleh tuhan untuk petah berkata-kata sehingga mampu menarik dan mempengaruhi orang lain. Mungkin sesetengah dari kita juga mempunyai ramai kawan dan berpengaruh. Tapi janganlah di salah guna keistimewaan yang telah diberikan itu. Setiap manusia telah dianugerahkan otak untuk berfikir sebelum berkata-kata dan bertindak dengan bijak. Tidak ada gunanya kita belajar tinggi2, menang award sana sini, jadi perwakilan tapi mulut jahat macam setan.

Setiap manusia mempunyai perasaan masing-masing. Ada yang jenis tidak kisah, mudah terasa, sensitif dsb. Oleh itu, sebelum kita bercakap, fikir dahulu perasaan orang yang bakal mendengarnya. Sebagai contoh yang paling mudah adalah sikap perli memperli. Walaupun secara zahirnya ianya tidak melibatkan penderaan fizikal, tetapi ia sangat menusuk hati si penerima. Bagi yang jenis mudah terasa dan sensitif, itu memang tidak menjadi persoalan. Tetapi bagi yang jenis tidak kisah diperli, lambat laun bila api sudah membara, akhirnya akan meletup jua.

Pada pandangan saya, sesiapa yang mempunyai hobi perli memperli ini, sebenarnya hati dia yang sangat sensitif . Mengapa saya berkata begini ? Kerana selalunya dia yang hebat perli orang lain dan dia pula jarang di perli dalam hidup dia. Mungkin kerana dia petah berkata-kata, hingga lupa daratan. Jika anda tidak percaya, anda cubalah balas balik kepada orang yang selalu memperli anda. Orang itu akan merajuk bertahun2 lamanya. Dia akan mula menyendiri, tidak bertegur sapa, kalo kita tegur dia pun, dia wat bodo jek dan kemudian x pasal2 dia buat rumour yang dia tidak dilayan dan diabaikan daripada kawan2. Padahal dia sendiri yang cari pasal!

Selain itu, apabila kita berada di khalayak ramai contohnya reunion/gathering atau sedang makan dengan kawan2, jagalah mulut tu sikit. Tidak salah kalau hendak membuat lawak, tapi janganlah buat lawak yang memalukan orang lain, lebih memburukkan keadaan, orang yang dijadikan bahan lawak dan dimalukan itu ada disitu dan sedang makan bersama-sama. Mentang2 orang tu jenis yang x reti nak lawan balik sbb die bukanlah dari kategori yang petah berkata-kata seperti anda yang x reti malu tu. Banyak lagi perkara lain yang boleh di lawakkan. Ingatlah, kalau kita memalukan orang lain di dunia ini, nanti di akhirat, berlipat kali ganda kita akan dimalukan balik!

So, please remember. Respect!

Friday, January 4, 2008

Release tension sat !

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya
yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa
kuda tu masih di situ?"

Demam AF

Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak
jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si
Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan
dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak
dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak
kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde
kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...

p/s: Kini semuanya ingin menjadi pengkritik...

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul
mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat",
katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam
mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka
lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan
menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke
arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat
jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

Happy New Year 2008

Hi all,

It has been a long time i'm not post any story here. Thats because of i'm out of idea what suppose i'm write. And now i think i'm not too late to say Happy New Year 2008 to all of you. May all you wish will come true for this year, and also for me too.

Hopefully, this year i will be more murah rezeki, panjang umur, sentiasa sihat dan berjaya dalam apa jua perkara dan bidang i involve. Too many memories i have for 2007, sweet, happy and sad...all i have..but the best thing is i get my job..very thankful for that. The worse.....hmm...no need to tell laa...

So, thats all for this time. InsyaAllah i will come back for the next story..see ya!

HAPPY NEW YEAR to all my friends!