Friday, December 7, 2007

Macam la bagus sangat !!!

Tersebut la satu al-kisah 2 kumpulan manusia yg berlindung di bwh 1 bumbung dalam mencari rezeki masing2. Mereka telah ditugaskan oleh satu agensi yg dirashsiakan namenye atas sebab2 keselematan, utk mencipta satu resepi rahsia bg memantapkan sistem pengurusan kehidupan manusia. Garis panduan telah disediakan malah sentiasa dikemaskini mengikut situasi dan perkembangan semasa. Dalam memastikan kejayaan resepi rahsia tersebut berjaya dihasilkan, 2 kumpulan tersebut telah dibahagi2kan tugas masing2. Secara kasarnya, tugasan kumpulan pertama adalah membangunkan resepi tersebut sambil dibantu skrip2 yg memeningkan tetapi ianya hendaklah mengikut acuan yg telah ditetapkan oleh agensi tersebut. Tugasan kumpulan kedua pula ialah bagi menentukan samada resepi yg telah dihasilkan oleh kump.pertama berjalan lancar dan mengikut acuan yg telah ditetapkan. Nampak mudah bukan?

Setelah siang berganti malam, hari pula berganti bulan, resepi percubaan pertama tampak berjaya walaupun ada beberapa kecacatan. Kump. kedua pun memulakan tugas mereka. Satu persatu kecacatan tersebut di senaraikan bg memudahkan kump. pertama memperbaiki kesilapan mereka. Di pendekkan cerita, tibalah masanya utk agensi tersebut memberikan pendapat pertama mereka berhubung resepi yg telah diamanahkan kpd kedua2 kump. utk dihasilkan. Walaupun pd permulaannya tampak sedikit bercelaru, akhirnya agensi tersebut member green light, means, resepi tersebut lulus utk peringkat pertama. Namun masih terdapat byk kecacatan yg masih berlaku, berulang dsb. Keretakan rumah tangga antara kedua2 kumpulan pun bermula. Semakin hari, semakin serius. Agensi pula membuat keputusan utk mengklon resepi tersebut bg menguji tahap kekonsistenannya. Di sinilah peranan kump. kedua amat diperlukan dan ternyata mereka telah berjaya memberikan keputusan yg diharapkan. Resepi yg telah diklonkan tersebut tampak sangat goyah dan hasilnya adalah tidak konsisten. Namun kump.pertama tidak mengendahkan dan memperkecil2kan hasil kajian PhD kump.kedua seolah2 mereka shj yg betul. Malah pelbagai cacian dan kata2 yg tidak menyenangkan telah dilemparkan kpd kump.kedua. Malah pernah suatu ketika, kump.pertama menyatakan kump.kedua tidak setaraf dgn mereka. Kalau betullah tidak setaraf dan kalau betullah mereka shj yg betul, kenapa resepi tersebut mempunyai byk kecacatan? Malah boleh dikatakan tiada kualiti langsung. Malah terdapat ahli kump.pertama yg berani mengubah acuan resepi tersebut mengikut kehendak dia. Tidak terfikir kah dia bhw siapa dia dan apakah hak dia nk mengubah acuan tersebut? Sungguhpun begitu, kump.kedua tetap begitu tabah meneruskan perjuangan dlm memastikan resepi yg bakal dihasilkan mengikut langkah2 yg betul.

Monday, December 3, 2007

Say hello to December !

Hmm...skrg dh masuk bulan Disember. Ape aku nk wat dlm bulan ni yek? cuba korg suggest sket..x lama g dh masuk tahun baru lak..cpt tul masa berlalu..aku rs, ade bbrp target aku yg masih lom tercapai utk thn ni..patut ke aku forward ke thn dpn jek? aku pun x pasti..tapi, insyaAllah, dgn sisa2 hari yg masih tinggal ni, aku akan cuba capai target aku tuh. Tapi ape sbnrnye target aku tu ye? hahaa...sengal tul..aku sendiri pn x tau. Cuma, sense aku mengatakan aku lom capai semua target aku.

Housemate aku yg sorg dh beli keta, yg sorg lg bru balik dr kusus kawen, cpt tul progress diorg. Aku lak cuma jd supporter diorg jek. Tp xpe, relaks2..masih ade mase lg. Lgpun, tu sume x termasuk dlm target list aku..Skrg ni, sementara lom kawen, kite enjoy dulu, tul x ? Nnt kalo da kawen, kene pay attention lebih sket kt bini..kalo x, muncung aje muka nye nnt..hahak..orait, adious...